fbpx
Home » Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Berita Dalam Negara Perayaan

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (Isnin, 2 Mei 2022).

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2hb Mei 2022,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.

Berita Bersatu

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!