fbpx
Home » Yayasan Sabah tawar tiga tajaan biasiswa, pinjaman pengajian tinggi
Bantuan Berita Tempatan Pendidikan

Yayasan Sabah tawar tiga tajaan biasiswa, pinjaman pengajian tinggi

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata bagi tajaan dermasiswa pula ianya ditawarkan melibatkan dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM dan Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (KPBKL). Tajaan pinjaman pengajian tinggi pula ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus dermasiswa dan biasiswa.

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menawarkan tiga jenis tajaan biasiswa dan pinjaman pengajian tinggi kepada pemohon yang layak khususnya di Sabah bagi tahun ini.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, KYS sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di negeri ini selain meneruskan agenda pemerkasaan pendidikan.

Katanya, permohonan tajaan biasiswa dan pinjaman pengajian tinggi itu telah mula dibuka bermula 17 Jun lalu yang melibatkan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi.

“Justeru itu, KYS mempelawa pemohon yang mempunyai kelayakan dan mereka yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian tahun 2022 untuk memohon tajaan ini.

“Biasiswa yang ditawarkan ialah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS), Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB), Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah.

“Selain itu, ia juga melibatkan Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah), Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan, Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Biasiswa IPTA/IPTS dan Biasiswa Pelancongan/Perhotelan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gulamhaidar berkata, bagi tajaan dermasiswa pula ianya ditawarkan melibatkan dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM dan Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (KPBKL).

Katanya, tajaan pinjaman pengajian tinggi pula ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus dermasiswa dan biasiswa.

“Pemohon boleh mengemukakan permohonan dalam talian melalui lawan web rasmi Kumpulan Yayasan Sabah, http://www.yayasansabahgroup.org.my dan klik pada pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022.

“Pemohon juga boleh merujuk iklan permohonan tajaan di akaun rasmi Facebook (KYS-Kumpulan Yayasan Sabah) dan Instagram (kumpulanyayasansabah). Tarikh tutup permohonan bagi BCNS dan BCPLB ialah pada 30 Jun 2022 manakala tajaan lain pada 22 Julai 2022,” katanya.

EDITOR02

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!