Home » Dua cedera, kereta terjunam dari tingkat tiga
Berita Tempatan

Dua cedera, kereta terjunam dari tingkat tiga

Keadaan Toyota Vios yang terjunam dari tingkat tiga ke tingkat dua Kompleks Asia City di Kota Kinabalu hari ini. (Gambar JBPM)

KOTA KINABALU: Dua individu cedera selepas kereta yang dinaiki dipercayai terbabas dan terjunam dari tingkat tiga di sebuah kompleks beli belah di Asia City, di sini, semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 pagi.


Katanya, seramai 13 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa yang terlibat.


“Sebaik tiba, mangsa lelaki 24 tahun dan wanita 30 tahun didapati sudah keluar sendiri dari kereta berkenaan dan mengalami kecederaan.


“Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa terbabas di tingkat tiga tempat letak kereta dan melanggar tembok, sebelum terjunam ke tingkat dua,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.


Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk menerima rawatan susulan.


“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat dan operasi ditamtkan pada jam 11.59 pagi,” katanya.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment