Home » 74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu
Berita Am Berita Dalam Negara

74 sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu

BESUT: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 74 buah sekolah terjejas akibat banjir besar di Terengganu.

Pengarahnya Abdul Muin Ngah berkata, jumlah itu melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di lapan daerah.

Menurut Abdul Muin, kesemua sekolah terbabit kini dalam proses pembersihan yang dilakukan bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat.

Jelasnya banjir tersebut turut merosakkan pelbagai kemudahan sekolah antaranya kerusi, meja dan buku teks.

Katanya buat sementara waktu pihaknya akan menghantar lebihan kerusi dan meja dari sekolah-sekolah lain kepada sekolah yang memerlukan.

Dalam pada itu, sebanyak 143 sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa terjejas banjir di Terengganu.

-astroawani

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment