Home » Penunggang, pembonceng cedera motosikal bertembung kereta
Berita Am Berita Tempatan

Penunggang, pembonceng cedera motosikal bertembung kereta

TUARAN: Dua individu masing-masing penunggang dan pembonceng mengalami kecederaan selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Labuaya di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian yang turut membabitkan kenderaan kompak itu berlaku pada jam 4.16 petang.

Katanya bertindak dengan maklumat sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang berlanggar dengan kenderaan jenis kompak.

“Kejadian menyebabkan dua mangsa lelaki mengalami kecederaan iaitu penunggang berumur 19 tahun dan pemboncengnya berumur 18 tahun,” katanya.  

Beliau berkata kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan(EMRS) di lokasi.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.52 petang,” katanya.

-utusanborneo

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment