Home » Ibu Chef Wan meninggal dunia
Berita Am Berita Dalam Negara

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi tadi. – Media sosial

IBU kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Datuk Redzuan Ismail, 64, memaklumkan ibu tercinta, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles. 

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumi di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Al-Fatihah.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulillah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.

Difahamkan, selain kanser, Allahyarham turut menghidap Penyakit Alzheimer dan dementia.

AWANI