Home » Noh Omar digantung 6 tahun tapi rela dipecat
Berita Dalam Negara Politik

Noh Omar digantung 6 tahun tapi rela dipecat

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar yang digantung enam tahun meminta beliau dipecat daripada menjalani hukuman itu.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar yang digantung enam tahun berkata, beliau rela dipecat serta merta daripada parti itu.


Noh berkata, ia adalah pilihan terbaik selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini memutuskan untuk menggantungnya selama enam tahun.


“Keputusan mengantung saya selama enam tahun tidak memberi sebarang makna dan saya rela dipecat daripada parti,” katanya.


Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, permintaan untuk beliau dipecat turut dipersetujui sendiri Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.


“Bila diumum saya digantung, saya cakap jangan gantung, pecat lebih baik. Untuk apa saya berada dalam perjuangan parti, untuk apa saya duduk dalam parti yang telah berkorban sejak 1976, saya berkorban untuk parti tapi nampaknya hari ini menggunakan parti untuk kepentingan peribadi, untuk apa?
Ditanya mengenai respon Zahid ketika diminta untuk dipecat, Noh berkata, presiden bersetuju dengan permintaannya sementara ahli MKT lain hanya berdiam diri.


“Lain-lain semua diam. presiden kata, kalau nak pecat, kita pecatlah. Dengan ini saya pecat (Tan Sri) Noh (Omar).


“Saya kata terima lasih. Apa gantung-gantung? Gantung serta merta, sebab itu sebab saya keluar dari mesyuarat,” dakwa Noh menceritakan apa yang berlaku dalam mesyuarat MKT dihadirinya malam ini.


Tambah Noh lagi, alasan pemecatan itu tidak dijelaskan secara terperinci, namun presiden memaklumkan ia adalah keputusan lembaga disiplin parti.


Turut dipanggil ialah beberapa pimpinan tertinggi Umno kawasan Tanjong Karang dengan alasan mensabotaj parti dan berkempen untuk calon lain ketika PRU15 lalu.


Dalam surat itu juga, lima individu berkenaan diminta menghadiri sesi pendengaran oleh lembaga disiplin pada 2.30 petang di ibu pejabat Umno bagi tujuan pendengaran aduan dan membuat perakuan atau sebaliknya.


Katanya, keputusan perletakan jawatan itu dibuat selepas Zahid dilihat hilang percaya kepadanya semasa PRU15 termasuk tidak dipanggil untuk berbincang mengenai proses pemilihan calon bertanding sebelum ini.

— Faiz Zainudin

— Faiz Zainudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment