Home » Saya takkan tunduk, patah semangat – KJ
Berita Dalam Negara Politik

Saya takkan tunduk, patah semangat – KJ

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang dipecat parti malam tadi berkata beliau sesekali tidak akan tunduk, patah semangat, dan tidak kecewa dengan pemecatan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed (tak tunduk), unbent (tak patah semangat), unbroken (tak kecewa),” katanya di Twitter.


Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn memutuskan untuk memecat keahlian Khairy dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.


Setiausaha Agung Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata mereka “dipecat daripada Umno atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15”.


Namun, tiada huraian lanjut kesalahan yang dikatakan itu.

— FMT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment