Home » Dialog Persaudaraan Bajau Internasional rapatkan hubungan Malaysia-Indonesia
Berita Tempatan Politik

Dialog Persaudaraan Bajau Internasional rapatkan hubungan Malaysia-Indonesia

KUNJUNGAN: Nasir (dua kanan) mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji berhubung program dialog itu.

KOTA KINABALU: Dialog Persaudaraan Bajau Internasional yang diadakan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara negara Malaysia-Indonesia menerusi budaya.

Rombongan yang  diketuai Datuk Seri Nasir Tun Sakaran itu dihoskan oleh Rumpun Bajau Sama Sabah (RBSS) dan Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS).


Nasir berkata, dialog itu menjadi satu wahana untuk membentuk kerjasama erat dalam kalangan komuniti Orang Sama/Bajau Sama.
“Selain itu, dialog ini juga boleh dilihat dari konteks merapatkan hubungan silaturrahim rakyat di kedua buah negara.


“Apatah lagi wilayah Sabah serta Kalimantan Indonesia mempunyai hubungan yang unik dan akrab sejak dahulu lagi. Malah, masih ada tali kekeluargaan dalam kalangan mereka,” katanya.


Menurutnya, realiti itu sekaligus dapat menjadikan hubungan sedia ada sebagai pemangkin kepada usaha kemakmuran yang berupaya merangsang pembangunan ekonomi rakyat kedua belah negara.


“Dialog Persaudaraan Bajau Intenasional ini ruang hubungan dua hala kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat lebih terbuka luas.


Terdahulu, dialog itu sudah mendapat perhatian Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS), Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,
Turut mengambil bahagian ialah Persatuan Orang Sama dari serata negara Republik Indonesia, Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO), Persatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama Sabah (BSBB), Persatuan Sama Sabah (PSS), dan Yayasan PROSPEK.

— Hamzah Sanudin