Home » Disangka cuba bunuh diri
Berita Tempatan

Disangka cuba bunuh diri

Lelaki yang disangka cuba membunuh diri dibawa turun oleh pasukan bomba. – Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Pihak bomba bergegas ke lokasi sebuah bangunan tinggi di sini untuk menyelamatkan seoarang lelaki yang dikatakan cuba untuk membunuh diri malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, TPgB I Ordine Gilu berkata, bagaimanapun lelaki berkenaan hanya berdiri di tepi tingkap sebuah bangunan.

“Kita mendapat laporan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.30 malam tentang kejadian yang berlaku di sebuah premis penginapan di Jalan Kampung Air, Kota Kinabalu.

“Sepasukan seramai 11 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Asama Saruddin dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi sejauh tiga kilometer itu.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berada di tingkat 1 bangunan dan dilaporkan membuat cubaan bunuh diri oleh orang awam,” katanya. 

Ordine berkata, bagaimanapun tiada cubaan bunuh diri sebaliknya mangsa yang dikenali sebagai Achoi, 40-an itu hanya berdiri di tepi tingkap bangunan. 

“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa turun ke bawah dan setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 8.48 malam,” katanya.

wartaoriental

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment