Home » Segerakan usaha memindahkan kanak-kanak gelandangan – Chan
Berita Tempatan Politik

Segerakan usaha memindahkan kanak-kanak gelandangan – Chan

Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu juga berkata, beliau juga sudah berhubung dengan James mengenai perkara terbabit dan dimaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan untuk mendapatkan bekalan makanan, kemudian kanak-kanak berkenaan akan dihantar ke rumah perlindungan sementara dalam masa terdekat.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mempercepatkan usaha memindahkan kanak-kanak gelandangan di sini ke rumah perlindungan sementara.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) khususnya perlu bertindak segera selepas pengumuman Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir pada 31 Januari lalu, bahawa pusat perlindungan sementara untuk kanak-kanak berkenaan sudah bersedia beroperasi.


Katanya, kini kanak-kanak berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka di laluan utama bandaraya ini dengan mengetuk cermin kenderaan sehingga mengganggu pengguna jalan raya.


“Walaupun saya sibuk dengan urusan di Putrajaya, saya masih sempat meluangkan masa untuk mendapatkan maklum balas susulan mengenai isu ini dengan pihak DBKK, PDRM dan Abidin.


“Abidin juga memaklumkan kepada saya perkara berkenaan kini dibawah kuasa Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib,” katanya.


Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu juga berkata, beliau juga sudah berhubung dengan James mengenai perkara terbabit dan dimaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan untuk mendapatkan bekalan makanan, kemudian kanak-kanak berkenaan akan dihantar ke rumah perlindungan sementara dalam masa terdekat.
 
Katanya, perkara itu tidak lagi boleh ditunda kerana kegagalan berbuat demikian akan mencemarkan imej kerajaan perpaduan.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment