Home » Muhyiddin nafi beri kontrak kepada syarikat menantu, anggap ia fitnah jahat
Berita Dalam Negara Politik

Muhyiddin nafi beri kontrak kepada syarikat menantu, anggap ia fitnah jahat

Muhyiddin Yassin berkata tuduhan yang dilemparkan itu berniat jahat bagi mencalar maruah beliau dan keluarga.

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.


Bekas perdana menteri itu turut menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah berniat jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah beliau dan keluarga.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini. Ia adalah satu fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah saya dan keluarga,” katanya dalam kenyataan.

— EDITOR