Home » Hajiji terima kunjungan HRD Corporation
Berita Tempatan Politik

Hajiji terima kunjungan HRD Corporation

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD
Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara
Kinabalu, hari ini.


Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD
Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah
(SMJ).


HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi
pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan
program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.


Hajiji mahu HRD Corp membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang
kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini,agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.


Katanya, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai
dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk
memperkasaan modal insan negeri ini.


Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang
disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.


HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571
majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.

— EDITOR