Home » Barcelona, Manchester United sama kuat
Berita Luar Negara Sukan

Barcelona, Manchester United sama kuat

GERGASI La Liga, Barcelona bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika berdepan Manchester United dalam perlawanan pusingan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa pada Jumaat.

United kendalian Erik ten Hag merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar permainan dan mengawal tempo, namun dikecewakan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen yang melakukan tiga penyelamatan cemerlang pada separuh masa pertama.

Pendahulu LaLiga dikemudikan Xavier Hernández bagaimanapun menceriakan Stadium Camp Nou menerusi menjaringkan gol pertama, lima minit selepas rehat, apabila Marcos Alonso menjaringkan gol hasil tandukan dari sepakan sudut minit ke-50′

Marcus Rashford menyamakan kedudukan tiga minit kemudian yang berpunca serangan balas di sebelah kiri, menjaringkan gol penyudah menewaskan Ter Stegen.

Rashford sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menyudahkan tendangan sudut pendek mengelirukan pertahanan tuan rumah Jules Kounde yang menjelmakan gol sendiri.

Bagaimanapun Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pertahanan United menghadiahkan bola di tepi kotak mereka kepada Raphinha yang hantaran lintangnya menewaskan David de Gea pada minit ke-76′.

Liga Europa

Barcelona 2-2 Manchester United

Salzburg 1-0 AS Roma

Juventus 1-1 Nantes

Bayer Leverkusen 2-3 AS Monaco

Shakhtar 2-1 Rennes

Ajax 0-0 Union Berlin

Sevilla 3-0 PSV Eindhoven

Braga 0-4 Fiorentina

Lazio 1-0 CFR Cluj

-SINARHARIAN

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment