Home » Penanam kelapa sawit wajib penuhi kriteria pensijilan MPSO – Siti Aminah
Berita Tempatan Politik

Penanam kelapa sawit wajib penuhi kriteria pensijilan MPSO – Siti Aminah

Siti Aminah berkata kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia sedang mempergiat usaha meningkatkan penyertaan pekebun kecil bagi mematuhi prinsip kelestarian pensijilan MSPO

BEAUFORT: Penanam kelapa sawit termasuk pengusaha ladang dan pekebun kecil wajib memenuhi kriteria pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam mematuhi pemuliharaan serta perlindungan alam sekitar.


Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata pensijilan MSPO juga akan memanfaatkan pekebun kecil dari segi pengurusan amalan pertanian yang baik, menambah baik kualiti buah sawit yang akhirnya mampu meningkatkan hasil.


“Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mempergiat usaha meningkatkan penyertaan pekebun kecil bagi mematuhi prinsip kelestarian pensijilan MSPO,” menurutnya dalam kenyataan semalam.


Ketika merasmikan program MPSO bagi Pekebun Kecil Sabah dan Pusat Timbang KPSM Beaufort Berhad semalam, beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan telah menyediakan bantuan dalam bentuk insentif berjumlah RM30 juta pada 2019.


Siti Aminah berkata insentif itu adalah bagi menampung kos fi pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).


Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, yang hadir pada majllis itu, pula berkata sebanyak 29 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) di Sabah membabitkan involving 27,666 pekebun kecil dengan kawasan seluas 175,436 hektar telah menerima pensijilan MSPO.

— BERNAMA