Home » PM makan malam bersama kepemimpinan Sabah
Berita Tempatan Politik

PM makan malam bersama kepemimpinan Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (lapan, kiri) bersama anggota Jemaah Menteri merakamkan gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Bersama Jemaah Menteri Sabah malam ini.- Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepemimpinan Sabah di sebuah hotel di sini malam ini.


Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tiba pada 8.16 malam, diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan sesuatu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Jemaah Menteri Sabah malam ini. – Foto BERNAMA


Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya serta Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah.


Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu nostalgia antaranya Hati Lebur Jadi Debu serta Madu dan Racun selain lagu tempatan.


Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama Hajiji dan masyarakat setempat di Masjid Negeri di Sembulan.


Anwar tiba petang tadi bagi menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah sempena lawatan dua hari ke negeri itu.


Esok, beliau dijadual menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu sebelum berlepas ke Filipina untuk lawatan rasmi dua hari ke republik itu.

-– BERNAMA