Home » TPM pengerusi mesyuarat bincang tuntutan isu MA63
Berita Tempatan Politik

TPM pengerusi mesyuarat bincang tuntutan isu MA63

Perbincangan Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof turut melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Bin Mohd Ali.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan Pre-Council Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Bilik Mesyuarat Utama, Parlimen.

Mesyuarat yang berlansung semalam ini membincangkan isu-isu tuntutan berkaitan MA63 yang masih tertunggak sekaligus memperhalusi agenda bagi jawatankuasa teknikal yang dijangka akan diadakan pada pertengahan April 2023.

Turut hadir di mesyuarat ini , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Bin Mohd Ali ; Timbalannya, Datuk Wilson Ugak Kumbong ; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ; Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Hajah Saraya Arbi.

— EDITOR