Home » Kekayaan Negeri Mesti Diagih Secara Adil Pada Semua Kaum
Politik Sudut Pandangan

Kekayaan Negeri Mesti Diagih Secara Adil Pada Semua Kaum

Pemimpin negeri berpendapat keadilan sama rata tidak hanya terhad mengundi semasa pilihanraya, sebaliknya kesamarataan juga perlu diamalkan dalam menyediakan kehidupan rakyat yang selesa, makmur dan tenang.

AKAN berlakukah kekayaan diagihkan secara adil kepada semua kaum?
Hanya sedikit di antara rakyat negara ini percaya bahawa jurang di antara kaya dan miskin sudah menyempit, sebaliknya ramai percaya bahawa jurang semakin melebar.

Atas sebab jurang yang melebar itu, kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor bekerja keras menerusi berbagai cara, terutama membabitkan aktiviti ekonomi yang boleh menyediakan peluang pekerjaan pada rakyat, dan masa sama dapat meningkatkan hasil negeri.

Terbaharu, kerajaan Sabah menerusi sebuah syarikat milik kerajaan Sawit Kinabalu bersama syarikat Linaco Resources Sdn Bhd mengumumkan akan membangun industri berasas kelapa dengan nilai pelaburan RM400juta, dan dijangka menyediakan 4000 lapangan pekerajaan, selain menyumbang kira-kira RM1.2 bilion setahun kepada ekonomi negeri.

Usaha kerajaan negeri ini, adalah salah satu cara agihan kekayaan antara kaum dan daerah di Sabah.

Pemimpin negeri berpendapat keadilan sama rata tidak hanya terhad mengundi semasa pilihanraya, sebaliknya kesamarataan juga perlu diamalkan dalam menyediakan kehidupan rakyat yangn selesa, makmur dan tenang.

Kerajaan tidak mahu terpaku dengan kutipan hasil negeri yang tinggi akan tetapi kekayaan tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News