Home » 20 masjid, surau terima sumbangan ADUN Bingkor
Berita Tempatan Politik

20 masjid, surau terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang asnaf wanita pada majlis itu. Turut kelihatan Jeffrey (tiga dari kanan) dan Annuar (dua dari kanan).

KENINGAU: Sebanyak 20 buah masjid dan surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.
Daripada jumlah itu sebanyak 10 surau buah menerima sumbangan tersebut.
 
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya juga turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seramai 660 orang asnaf di DUN Bingkor.


Sumbangan tersebut disampaikan semasa majlis berbuka puasa dan Penyampaian Sumbangan Ahli Parlimen Keningau yang telah diadakan di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor baru-baru ini.


Robert memberitahu sumbangan yang diberikan itu merupakan program tahunan yang dilaksanakannya setiap tahun.


“Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadan terutama kepada masyarakat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa.


Selepas majlis itu, Pengerusi Masjid Ar-Raudah Kg Mengitom Baru Masuruddin Abdul Halim ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert diatas sumbangan tersebut.

— Kenneddy Corlleus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment