Home » Kumpulan Yayasan Sabah laksana Majlis Iftar di Masjid Kg Tempurong
Berita Tempatan Politik

Kumpulan Yayasan Sabah laksana Majlis Iftar di Masjid Kg Tempurong

Isnin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan Asnaf di Masjid Kg Tempurong.

KUALA PENYU: Kumpulan Yayasan Sabah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Masjid Kg. Tempurong, Kuala Penyu pada 6 April 2023.


Turut hadir ke majlis tersebut, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih dan Pegawai Bertanggungjawab, Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan, Latip Taip. 


Majlis tersebut turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada golongan Asnaf dan Masjid Kg. Tempurong. 


Majlis yang dihadiri sekitar 150 orang penduduk Kg. Tempurong tersebut dimulakan dengan sesi berbuka puasa sebelum solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

— Yap Siong Han