Home » Anak Ridzuan Hashim terkilan tak dapat tunaikan permintaan terakhir bapa
Berita Am Berita Dalam Negara Hiburan

Anak Ridzuan Hashim terkilan tak dapat tunaikan permintaan terakhir bapa

Diyana berasa terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan skuter elektrik sepertimana dihajahatkan oleh bapanya. – Gempak

ANAK kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Diyana akui seolah-olah hilang semangat selepas pemergian bapa kesayangannya.

Diyana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memberitahu bahawa bapanya adalah sumber kekuatannya.

“Punca kekuatan Nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah… Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana. 

“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi?

“Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?

“Kadang dah hujung-hujung Nana tak ada sangat duit pun kalau ayah minta order makan, tak pernah cakap tak boleh, tak ada duit, tak pernah yah.

“Nana akan cuba sedaya upaya untuk mencari duit lebih sebab dah janji dengan ayah yang ayah tidak perlu bekerja lagi. Nana boleh cari duit, ayah tak perlu risau,” coretnya.

Bagaimanapun kata Diyana, dia berasa terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan skuter elektrik sepertimana dihajahatkan oleh bapanya.

“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nana jumpa ayah selalu okay?

“Ayah dah tak penat dah sekarang. Tiada dah ayah telefon Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah dan saya gembira untuk ayah.

“Tapi maaf ayah, tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat,” tulisnya.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment