Home » PRN 6 NEGERI: Sejauh Mana Kesan Pengundi Melayu?
Politik Sudut Pandangan

PRN 6 NEGERI: Sejauh Mana Kesan Pengundi Melayu?

Parti Umno kena menerima hakikat perubahan politik tanah air, dan perlu akur dengan dengan perubahan ini. (Gambar Hiasan)

AKAN benar-benar dilihat menerusi PRN 6 negeri yang diadakan pertengahan tahun ini, akan kesan pengundi kaum melayu?

Jika trend seperti mana PRU-15, maka jelas pilihan kaum itu adalah Perikatan Nasional (PN). Akan tetapi sejauh mana kesannya pada keadaan satu lawan satu?

Dalam pilihan raya yang melibat berbagai kaum negara ini, yang tersebar di setiap kawasan, kaum melayu sahaja tidak menjamin kemenangan, melainkan adanya kombinasi sokongan kaum lain.

Diperkirakan pada PRN di 6 negeri, akan berlaku satu lawan satu antara calon-calon PH/BN dan PN/Pas, maka komposisi kaum di kawasan-kawasan yang akan menentukan kemenangan.

Berasaskan senario politik semasa, PN/Pas hanya bergantung pada pengundi kaum melayu, manakala PH/BN mendapat sokongan daripada semua kaum.

Seperti mana rekod pada pilihan-pilihan raya lalu, kaum cina dan india berpihak pada PH, dan tentu kali ini juga turut menyokong BN.

Jika Umno/BN dapat mempertahankan sokongan kaum melayu pada parti itu, maka selain dapat memastikan kemenangan calon-calon parti itu, juga calon-calon PH.

Jika demikian keadaannya, PN/PAS mungkin akan mempertahankan Kelantan, bersaing dengan hebat di Kedah dan Terengganu, akan tetapi kemungkinan besar hanyut di Negeri Sembilan dan Selangor. Sementara di Pulau Pinang, mungkin akan menang beberapa kerusi yang tidak signifikan jumlahnya.

Senario politik pasca PRU-15, boleh dikatakan berlakunya perubahan politik tanah air, dan kembali seperti mana semasa penguasaan Barisan Nasional suatu masa lalu, walaupun pada kali ini berasaskan kombinasi parti yang berbeza.

Jika pada masa lalu, Umno sebagai parti tunggal adalah parti dominan, manakala pada kali ini, PH yang dianggotai berbagai parti adalah dominan.

Mana-mana pilihan raya di negara ini, jika hanya dua parti yang terlibat, maka parti yang mendapat sokongan berbagai kaum akan muncul sebagai pemenang, kecuali mungkin di Kelantan.

Nampaknya, apapun percaturan/strategi parti yang menghandalkan sokongan satu kaum, tidak akan dapat berbicara banyak, apa tah lagi parti yang dihadapi adalah parti yang sedang memerintah Kerajaan Persekutuan.

Secara umumnya pada 6 PRN akan datang akan berpihak pada parti-parti yang menyokong kerajaan perpaduan, walaupun dengan kombinasi yang berbeza, dan tidak lagi seperti sebelum PRU-14, Umno ada lah parti dominan.

Parti Umno kena menerima hakikat perubahan politik tanah air, dan perlu akur dengan dengan perubahan ini.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News