Home » Kerajaan Persekutuan perlu segera melaksanakan baki projek Pan Borneo – Hajiji
Berita Tempatan Politik

Kerajaan Persekutuan perlu segera melaksanakan baki projek Pan Borneo – Hajiji

BINCANG: Hajiji (kanan) bersama Fadillah berbincang ketika dalam pertemuan berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu Kerajaan Pusat segerakan pelaksanaan baki pakej lebuh raya Pan Borneo di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata demikian ketika dalam mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya hari ini. 


Berdasarkan laporan, sebanyak 20 daripada 35 pakej dibawah fasa pertama projek Pan Borneo belum lagi dimulakan. 


Hajiji dalam pada itu, turut berbincang mengenai cara-cara untuk memperkasakan produktiviti ladang koko di Sabah. 


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment