Home » Komitmen Persekutuan bantu selesai cepat masalah air Sabah – Hajiji
Berita Tempatan Politik

Komitmen Persekutuan bantu selesai cepat masalah air Sabah – Hajiji

Hajiji berkata, Sabah komited dan bersedia bagi memastikan industri tenaga negeri mempunyai daya tahan jangka panjang menerusi pelan Hala Tuju dan pelan Induk Tenaga Sabah 2040 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Hajiji berkata, kerajaan sentiasa memandang serius masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri juga sedang melaksanakan rancangan sendiri untuk menangani masalah air di negeri ini.


“Dengan kehadiran bantuan dari kerajaan Persekutuan, kami percaya masalah bekalan air boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air di negeri ini.


“Apa yang Perdana Menteri maksudkan ialah kerajaan Persekutuan akan membantu pengurusan masalah dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar sama seperti isu air di Kelantan,” katanya.


Hajiji berkata, kerajaan sentiasa memandang serius masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Sabah.


“Kita akan selesaikan semua isu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya.


Ahad lepas, Perdana Menteri memberi jaminan untuk memulakan program besar-besaran menyelesaikan isu air yang masih melanda di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Sabah tahun ini.


Beliau dipetik berkata, meskipun kerajaan bakal berdepan belanja yang besar namun itu semua perkara yang perlu ditempuh demi kesejahteraan rakyat.


Katanya, tidak ada alasan untuk kerajaan 2023 tidak dapat memulakan program besar-besaran selesaikan ‘once and for all’ masalah air.