Home » Menteri Pendidikan nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei
Berita Am Berita Dalam Negara

Menteri Pendidikan nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei

Poster tular tersebut memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei 2023 selepas proses penandaan selesai lebih awal.

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan sebuah poster tular kononnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan awal.

Dalam pesanan ringkas kepada Astro AWANI, beliau memaklumkan, satu kenyataan penafian penuh akan dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Poster tular tersebut memaklumkan, keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei 2023 selepas proses penandaan selesai lebih awal.

Justeru, orang ramai diminta berhati-hati sebelum berkongsi poster tersebt. 

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment