Home » Pemenang masakan tradisi terima hadiah sempena Pesta Kaamatan Keningau 2023
Berita Tempatan Politik

Pemenang masakan tradisi terima hadiah sempena Pesta Kaamatan Keningau 2023

KENINGAU: Peserta dari Kampung Tangkongan dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Bingkor, Rose Barazit muncul juara dalam Pertandingan Masakan Tradisi sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2023 baru-baru ini.

Pertandingan tersebut dikelolakan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Daerah Keningau yang disertai oleh lapan orang peserta.


Naib Juara dimenangi oleh Winnie Langitom dari DUN Liawan, sementera tempat ketiga dimenangi oleh Lukip Asong Atam juga dari DUN Liawan.


Acara penyampaian hadiah itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan kepada para pemenang.

Pengerusi penganjur Irene Gambulu Dawai (gambar) ketika ditemui turut berpuas hati dengan perjalanan pertandingan tersebut.
“Kejayaan pertandingan tersebut adalah atas kerjasama dari semua ahli jawatankuasa pertandingan tersebut.


“Lebih-lebih lagi dengan peranan Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert yang sentiasa turun padang bersama jawatankuasa untuk melihat dengan sendiri persiapan dan pelaksanaan pertandingan tersebut, “ kata Irene.


Irene turut mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi kewangan mahupun material.
“Sesungguhnya sumbangan para penderma amat membantu menjayakan pertandingan tersebut,” tambahnya.

— Kenneddy Corlleus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment