Home » Rumah musnah terbakar di Papar
Berita Tempatan

Rumah musnah terbakar di Papar

Keadaan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Papar. – Ihsan Bomba

PAPAR: Sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran di sini malam tadi.

Pegawai Operasi (Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar), PBK I Ismail Chalah berkata, kejadian berlaku di Kampung Kopimpinan, Kawang, pada kira-kira jam 10.40 malam.

Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 10.40 malam dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Hamdani Harith bergegas ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak 18 kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal ukuran 30×40 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari jentera,” katanya. 

wartaoriental