Home » Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Berita Am Berita Dalam Negara

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan

SHAH ALAM: Keseluruhan tujuh empangan di Selangor berada dalam kapasiti penuh setakat Rabu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, empangan di lima daerah itu berfungsi sebagai takungan sumber bekalan air.

Ia merangkumi empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi di Hulu Selangor; Tasik Subang (Petaling); Sungai Langat dan Semenyih (Hulu Langat); Kolam Off River Storage Labu (Sepang); Klang Gates dan Empangan Batu (Gombak).

Jelasnya, berdasarkan trend penggunaan air di negeri secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan

Ujarnya, terdapat 98 kolam yang telah dikenal pasti oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagai sumber air alternatif dan simpanan sumber air.

Menurutnya lagi, kolam berkenaan mengandungi sebanyak 34 juta meter padu air.

-astroawani

About the author

Editor SBN

Add Comment

Click here to post a comment