Home » Sayap wanita adalah tulang belakang perjuangan parti – Anna Bell
Politik Sudut Pandangan

Sayap wanita adalah tulang belakang perjuangan parti – Anna Bell

Sekitar Perjumpaan Ketua-Ketua Penerangan Bahagian Bersama Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (PGRS) Pusat YB Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan yang telah diadakan pada Isnin, bersamaan 29 Mei bertempat di SICC , Kota Kinabalu.

Perjuangan memerlukan pengorbanan, ibarat Pemimpin dan Rakyat berpisah tiada. Begitulah kata-kata keramat oleh YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah dalam perjumpaan yang julung Kali diadakan bersama Ketua-Ketua Penerangan sayap Wanita, Pemuda, Beliawanis Dan Ketua-Ketua Penerangan daripada 73 Bahagian hadir dalam perjumpaan ini. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Sesungguhnya kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana masih diberikan semangat dan kekuatan untuk terus berada dalam wadah perjuangan parti yang kita sayangi ini. Gagasan Rakyat kini sudah mula berkembang di seluruh pelusuk Sabah Tanah Airku.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan sedang menyampaikan taklimat ketika menghadiri majlis perjumpaan di SICC, Kota Kinabalu.

Adalah amat penting untuk kita semua terus memperkukuhkan Gagasan Rakyat yang menjadi wadah perjuangan untuk Rakyat Sabah bernaung dan bergantung harap.

Tambahan lagi Sayap Wanita merupakan salah satu faktor yang memberi kekuatan kepada perjuangan parti untuk terus diterima di hati rakyat. Kita mesti menjadi Tulang Belakang yang mampu memberi kekuatan kepada perjuangan parti. Untuk terus relevan di hati rakyat dan berjuang melayari samudera keikhlasan demi memacu Wanita sentiasa mendepani cabaran.

Marilah kita bersama bulatkan muafakat, tekad dalam perjuangan, terus menggembleng tenaga dan usaha bagi memperkukuhkan kekuatan dan menjauhkan sengketa sesama kita agar keyakinan rakyat semakin tinggi terhadap parti ini. Wanita akan menjadi benteng mempertahankan parti. Kita Wanita yang akan menyatukan hati dan jiwa rakyat.

Salam Perjuangan Aspirasi Wanita ♥️

*Anna Bell Perian merupakan Ketua Pergerakan Wanita Gasasan Rakyat Sungai Sibuga merangkap Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat (PGRS) Pusat.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment