Home » Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO
Berita Dalam Negara Politik

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO


KUALA LUMPUR:
Selepas dipecat daripada UMNO 25 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali ‘menjejakkan kaki’ ke perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.

Kali terakhir beliau berucap pada PAU adalah pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain Perdana Menteri, PAU kali ini juga menyaksikan keunikan apabila 19 presiden parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan turut dijemput untuk hadir.

“Ini merupakan saat bersejarah kepada PAU yang akan disertai pelbagai parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Seperti kebiasaan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucapan dasar Presiden,” katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.

PAU akan berlangsung dari 7 hingga 10 Jun ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-astroawani