Home » RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
Berita Tempatan Politik

RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ

Bung Moktar Radin menyifatkan Umno Sabah terbahagi kepada ‘beberapa kumpulan pemikir’ berperanan merangka strategi berkesan menjelang PRN akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kuala Lumpur:Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berang dengan bekas rakan seperjuangannya dalam kerajaan dan parti, Khairy Jamaluddin selepas dikecam berkait tindakannya menentang rang undang-undang  (RUU) kawalan merokok.

Khairy yang merupakan bekas menteri kesihatan menggelar Bung Moktar sebagai musuh kesihatan awam.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah kemudiannya dilaporkan New Straits Times berjanji akan mendedahkan kepada umum apa yang dihisap bekas menteri kesihatan berkenaan.

“Siapa KJ? Dia sudah tiada platform, cuma juruhebah radio, dia hanya ‘hantu raya’. Dia membentangkan undang-undang yang merampas hak rakyat (untuk merokok).

“Dia mahu orang ramai berhenti merokok, tetapi tanya dia… apa yang dia hisap?” katanya.

Bung Moktar berkata beliau akan mendedahkan apa yang Khairy hisap apabila RUU Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat, 12 Jun ini kerana katanya ahli Parlimen mempunyai kekebalan daripada tindakan mahkamah apabila diucapkan dalam Dewan Rakyat.

Tahun lalu RUU itu gagal mendapat kelulusan termasuk peruntukan mengenai dasar generasi penamat (GEG) ketika Khairy menjadi menteri dalam kerajaan BN-PN.

Agenda Daily

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment