Home » Stadium Shah Alam bakal mula diroboh awal Oktober
Berita Dalam Negara

Stadium Shah Alam bakal mula diroboh awal Oktober

Amirudin (kanan) berkata, kompleks Stadium Shah Alam baharu tetap dijangka siap pada 2026. – Foto Sinar Harian

PROSES perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula awal Oktober ini selepas terpaksa ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerangkan walaupun proses permulaan bermula sedikit lewat namun, jangkaan siap sepenuhnya masih pada tahun 2026.

“Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini,” katanya. 

“Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.

“Perobohan bukan bulan ini (Jun), perobohan memerlukan KM sebab ini adalah struktur besar.. kalau hendak roboh bukan mudah sebab segala proses perlu dilihat. Perobohan dijangka September atau Oktober nanti.

“(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ketiga tahun 2026.”

Sementara itu, Amirudin yang ditemui di Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan sempena Program Selangor Youth Festival 2023 hadir memberi sumbangan RM500 kepada semua pemandu e-hailing khususnya di negeri Selangor. 

AWANI