Home » Lelaki ditemukan mati dalam rumah terkunci di Kota Kinabalu
Berita Tempatan

Lelaki ditemukan mati dalam rumah terkunci di Kota Kinabalu

Keadaan di lokasi kejadian. – Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 71 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah terkunci di sebuah taman perumahan dekat Pekan Manggatal, di sini semalam.

Mangsa ditemui di dalam rumah itu setelah pasukan bomba membuka pintu rumah yang terkunci.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan, panggilan kecemasan diterima 7.09 malam kelmarin menerusi talian MERS 999.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Laupen Nuar daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dihantar ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba berjaya membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas power saw dan didapati terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri berada di dalam rumah. 

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 7.64 malam dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi tamat pada jam 8.17 malam.

wartaoriental