Home » Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Berita Am Berita Luar Negara

Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji

Perkhidmatan kereta api Arab Saudi di laluan Ekspres Haramain semasa musim haji tahun ini akan ditingkatkan dengan lebih 3,400 perjalanan serta 1.5 juta tempat duduk ditawarkan kepada jemaah. – Foto fail/BERNAMA

RIYADH: Perkhidmatan kereta api Arab Saudi di laluan Ekspres Haramain semasa musim haji tahun ini akan ditingkatkan dengan lebih 3,400 perjalanan serta 1.5 juta tempat duduk ditawarkan kepada jemaah.

Menurut laporan portal berita Arab News, ini bermakna perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi berkenaan yang membolehkan jemaah haji melakukan perjalanan antara Mekah dan Madinah dalam masa hanya dua jam 20 minit itu akan menjalankan 126 perjalanan sehari di laluan tersebut.

Naib presiden Haramain, Rayan Al-Harbi mengesahkan semua operasi kereta api untuk musim haji mengikut perancangan yang ditetapkan. 

Pada bulan Ramadan tahun ini, perkhidmatan Ekspres Haramain telah membawa lebih daripada 818,000 penumpang dalam lebih daripada 2,540 perjalanan iaitu peningkatan sebanyak 265 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment