Home » 15 Ogos pengurusan kes saman isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Berita Dalam Negara Politik

15 Ogos pengurusan kes saman isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Di mahkamah sama, Datuk Seri Sulaiman turut memohon injuksi terhadap ibu tirinya Toh Puan Raghad Kurdi Taib itu dipercayai berkaitan pemindahan saham dalam sebuah syarikat swasta.

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 15 Ogos depan berhubung pengurusan kes saman yang difailkan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib terhadap ibu tirinya Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Tarikh itu ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew ketika pendengaran kes berkenaan selain turut menasihatkan kedua belah pihak untuk mematuhi garis masa bagi bertukar afidavit seperti yang dipersetujui oleh peguam masing-masing.

Terdahulu, Peguam Plaintif Alvin Chong memberitahu mahkamah bahawa peguam terlibat telah bersetuju untuk menfailkan dan bertukar dokumen terlibat pada beberapa tarikh dari 7 Julai hingga 11 Ogos Depan.

Di mahkamah sama, Datuk Seri Sulaiman turut memohon injuksi terhadap ibu tirinya itu dipercayai berkaitan pemindahan saham dalam sebuah syarikat swasta.

Selain Raghad, Sulaiman turut menamakan bank pelaburan sebagai defenden kedua.

Dalam pada itu peguam defendan pertama, Shankar Ram Asnani menyifatkan kes terbabit tidak mempunyai asas dan berpendapat ia tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes terbabit selain turut meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi,

Ketika prosiding terbabit, kedua-dua plaintif dan defenden tidak hadir dan hanya diwakili oleh kumpulan peguam masing-masing.

Sulaiman merupakan anak ketiga daripada empat anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hasil perkahwinannya sebelum ini dengan Datuk Patinggi Laila Taib pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pelancongan Kerajaan Persekutuan ketika menjadi Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Abu Zaidi Abu Bakar