Home » Rupanya Betullah Hanya Musa Boleh Neutralkan Shafie
Berita Tempatan Sudut Pandangan

Rupanya Betullah Hanya Musa Boleh Neutralkan Shafie

Musa (kiri) adalah mantan Ketua Menteri terlama Sabah yang telah berehat daripada dunia politik sebaik sahaja Kerajaan pimpinan Shafie (kanan) tumbang pada PRN-16 Sabah September 2020.

MENGAPA penulis memilih tajuk di atas? Hanya satu sebab, Presiden Warisan- Datuk Shafie Apdal apabila berhadapan dengan penyokong atau orang ramai, buka mulut sahaja, tidak akan terlepas nama Tan Sri Musa Aman.

Musa adalah mantan Ketua Menteri terlama Sabah yang telah berehat daripada dunia politik sebaik sahaja Kerajaan pimpinan Shafie tumbang pada PRN-16 Sabah September 2020.

Kini, nama Musa semakin kerap disebut Shafie sempena PRU-15 yang membabitkan parlimen di Sabah.

Apabila menyebut nama Musa, sudah tentu berkaitan fitnah, samada berkaitan penebangan balak, projek, kuasa dan berbagai macam lagi, termasuk lah kononnya Musa membuat panggilan telepon pada ADUN-ADUN Warisan supaya keluar daripada Warisan dan ditawarkan jutaan ringgit, bertujuan memesongkan rakyat semata-mata untuk menarik sokongan, sedangkan mantan Ketua Menteri terlama negeri itu, tidak pun memegang sebarang jawatan politik, atau terlibat dengan mana-mana gerakan yang membabitkan pilihan raya, yang menjadi faktor penghalang kepada Warisan mendapat sokongan atau undi.

Memang pelik, yang ada jawatan politik seperti Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, atau pemimpin politik lain yang berlawanan dengan Warisan, tidakpun terkeluar daripada mulut Presiden Warisan tersebut apabila berucap berapi-api di depan rakyat.

Tersangat jelas, di mata Shafie, hanya seorang individu sahaja yang boleh menghalang semua kemahuan beliau dalam arena politik, atas sebab itu, sebelum Musa kembali bergiat semula, maka presiden Warisan tersebut telah menghantar mesej awal, bahawa mantan Ketua Menteri tidak wajar disokong lagi, kerana rekod-rekod lampau.

Shafie dalam usaha menghalang Musa kembali bergiat aktif semula, maka sanggup menabur berbagai fitnah, semata-mata untuk membina persepsi rakyat, sedangkan mantan Ketua Menteri terlama Sabah itu tidak akan boleh menduduki jawatan Ketua Menteri begitu lama, tanpa sokongan rakyat, atau tela bertindak seperti mana dakwaan presiden Warisan tersebut.

Musa adalah Bapa Pembangunan Moden Sabah. Musa adalah Ketua Menteri pertama tidak memberi lesen pembalakan di Sabah, sehingga keluasan hutan simpan negeri meningkat hampir 2juta hektar, berbanding sebelum dilantik ke jawatan Ketua Menteri, keluasan hutan negeri hanya 838 ribu hektar. Musa adala Ketua Menteri pertama saban tahun rekod bajet negeri meningkat. Musa adalah Ketua Menteri pertama, negeri dapat menyimpan wang di atas RM3bilion. Pada pemerintahan Musa, lebih 10 tahun berterusan pengurusan kewangan negeri tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara. Berasaskan rekod-rekod yang disebutkan, dengan sendirinya menjawab semua fitnah yang ditabur Shafie.

Pada hakikatnya, Shafie sangat gerun dengan Musa, bagaikan sentiasa takut pada bayang-bayang sendiri. Entah, dalam tidurpun sentiasa mimpi Musa.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini adalah pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News