Home » Pemerkasaan wanita melalui Transformasi Kempimpinan Wanita ,iltizam Wiranita Star – Flovia
Berita Tempatan Politik

Pemerkasaan wanita melalui Transformasi Kempimpinan Wanita ,iltizam Wiranita Star – Flovia

KOTA KINABALU : Perkembangan dunia hari ini memperlihatkan wanita bukan sahaja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi akan datang, tetapi juga menjadi antara pemangkin pembangunan negara.

Justeru, kejayaan, pencapaian dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang masa kini, termasuk politik, ekonomi serta sosial amat penting bagi membentuk kesejahteraan, kemajuan dan kemakmuran negara.

Ketua Exco Wiranita STAR , Datuk Flovia Ng berkata demikian di Simposium anjuran Wiranita Star yang diadakan buat pertama kalinya  di ITCC, Penampang pada hari jumaat.

Bertemakan “Transformasi Kempimpinan Wanita”, simposium ini mencerminkan iltizam EXCO Wiranita  dalam usaha pemerkasaan wanita khususnya di akar umbi.

Menurut beliau, pemerkasaan wanita adalah asas untuk melandaikan garis jurang gender.

“Ini kerana, Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2021 adalah sebanyak 0.707 dan di arena dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-103 masih jauh ketinggalan berbanding negara serantau yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Justeru pemerkasaan wanita dalam domain utama seperti ekonomi, politik, bidang profesional dan teknikal, kepimpinan, aspek kesihatan, kesejahteraan dan lain-lain lagi perlu dipertingkatkan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. ” ujar Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Antara matlamat SDG adalah kesaksamaan gender, yang mana wanita dan lelaki perlu diberi peluang sama rata dalam dalam politik, ekonomi serta bidang lain.

Beliau berkata ,di Malaysia, khususnya di Sabah pada hakikatnya masih jauh dalam mencapai sasaran 30 peratus wanita yang menjadi perwakilan dalam kerajaan, iaitu piawaian sejagat.


“Peribahasa Melayu ada menyebut tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

“Saya selaku Ketua Wiranita Starsabah yang juga merupakan satu -satunya Wakil Rakyat Wanita dari parti kita, dengan ini memohon kepada Datuk Presiden agar menambah quota calon wanita pada pilihanraya akan datang.

“Sekiranya ada kekosongan jawatan -jawatan dalam kerajaan atau GLC-GLC , mohon agar wanita-wanita berkebolehan dalam parti ini diberikan peluang,” Flovia berkata.


Simposium ini telah dirasmikan oleh Presiden Star Sabah , YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan Presiden yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Turut hadir di majlis itu, YB Datuk Robert Tawik  , YB Datuk Ellron Angin, YB Datuk Abidin Madingkir ,YB Datuk Annuar Ayub Aman dan YB Puan Norazlinah Arif

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment