Home » Kerajaan akan teliti peraturan kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan – Ramkarpal
Berita Am Berita Dalam Negara

Kerajaan akan teliti peraturan kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan – Ramkarpal

Kerajaan perlu teliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. – Gambar fail BERNAMA


GEORGE TOWN:
Kerajaan akan meneliti peraturan dalaman untuk menangani isu kod pemakaian yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Kerajaan juga harus melihat cara untuk mengawal selia etika berpakaian supaya ia seragam bagi mengelak percanggahan di negeri yang berbeza,” katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.

Baru-baru ini, dilaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek hingga pangkal paha di premis perniagaanya.

Bagaimanapun, MPKB bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita berusia 35 tahun itu selepas sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Sementara itu, dilaporkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) bertugas di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang didakwa cuba menghalang seorang wanita bukan Islam memakai skirt daripada memasuki pejabat tersebut, Rabu lalu. – BERNAMA 

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment