Home » Mempolitikan Kaum – Boleh Mencipta Politik Radikal
Politik Sudut Pandangan

Mempolitikan Kaum – Boleh Mencipta Politik Radikal

Jika daripada awal lagi (sejak merdeka) Malaysia bukan negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, mengapa mempromosi, bahawa rakyat negera ini, perlu hidup harmoni, dalam negara yang mempunyai penduduk pelbagai? Yang dicerminkan menerusi pengiktirafan menerusi perayaan agama atau budaya, yang digazetkan sebagai cuti umum?

SUNGGUH bahaya, apabila kaum dipolitikkan, kerana ianya boleh bertukar pada politik radikal. Politik radikal pula menjadi perantara ketegangan hubungan antara kaum. Puncaknya nanti perang saudara, seperti mana perang Bosnia.

Enam puluh tahun, dibina hubungan antara kaum di negara ini, menerusi pendekatan hidup dalam keadaan harmoni dalam negara berbilang bangsa, agama dan budaya.

Berbagai pendekatan diperkenalkan, antaranya 1Malaysia, Keluarga Malaysia, dan kini Keluarga Madani.

Penulis juga tersentak, apabila Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa mana-mana pihak merujuk Malaysia sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya telah melanggar Perlembagaan Negara.

Jika daripada awal lagi (sejak merdeka) Malaysia bukan negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, mengapa mempromosi, bahawa rakyat negera ini, perlu hidup harmoni, dalam negara yang mempunyai penduduk pelbagai? Yang dicerminkan menerusi pengiktirafan menerusi perayaan agama atau budaya, yang digazetkan sebagai cuti umum?

Malaysia baharu sahaja merayakan Hari Raya Aidiladha (umat islam), sebelum itu Hari Gawai (adat resam), Pesta Keaamatan (adat resam), Thaipusam, Hari Raya Aidilfiri, Tahun Baru Cina dan lain-lain.

Dalam negara berbilang kaum, sekecil mana pun kelompok sesuatu kaum, akan bangkit, jika kepentingan mereka terancam.

Benar juga, selepas kenyataan Tun Dr Mahathir tersebut, seorang pemimpin Sabah Datuk Madius Tangau, menyifatkannya satu penghinaan pada rakyat Sabah dan Sarawak, manakala seorang pemimpin Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 sesuatu yang amat bahaya.

Penulis berpandangan, tindakan Tun Dr Mahathir adalah usaha-usaha terakhir beliau untuk mencuba menyatukan kaum melayu yang terpecah-pecah,kerana angkara beliau sendiri selama 22 tahun dan 22 bulan.

Kaum melayu yang majoriti, kerana berpecah, terpaksa melepaskan satu-satunya kuasa ditangan kaum itu, iaitu kuasa politik.

Kuasa politik melayu hancur lebur pada PRU-14, atas bantuan Tun Dr Mahathir apabila berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Umno/BN.

Pukulan “Knock-Out” pada kaum melayu pada PRU15, masih melibatkan Tun menerusi PEJUANG, walaupun parti itu kalah teruk.

Kata bidalan “ what You Do What You Get”, maka hasilnya telah dituai. Mengembalikan nasi yang telah bertukar bubur, walaupun tidak mustahil, akan tetapi, sudah berbentuk dan rasa lain.

Bercakap berkaitan kaum, sangat tidak sesuai bagi Sabah dan Sarawak, walaupun Tun Dr Mahathir bercakap berkaitan kaum melayu Semenanjung, akan tetapi, ianya amat merugikan bagi Sabah dan Sarawak, kerana boleh memecah belahkan hubungan antara kaum di dua wilayah tersebut.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment