Home » Saya pastikan rakyat Bandau tidak terpinggir – Maijol
Berita Tempatan Politik

Saya pastikan rakyat Bandau tidak terpinggir – Maijol

Maijol menekankan bahawa beliau akan membawa setiap permasalahan rakyat di kawasan tersebut ke pengetahuan YAB Ketua Menteri.

BANDAU – Datuk Maijol Mahap, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, hari ini mengadakan lawatan singkat ke Kampung Mantus Laut dan Kampung Koromoko bagi meninjau keadaan rumah penduduk yang memerlukan bantuan. Lawatan beliau bertujuan untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung dan mendengar keluhan mereka.

Maijol yang turun padang secara langsung menyatakan bahawa beliau ingin mendapatkan gambaran yang jelas mengenai situasi yang dihadapi oleh penduduk setempat.

“Saya sendiri mahu melihat dan mendengar keluhan rakyat. Saya kesihan melihat keadaan rumah mereka dan hasrat saya adalah ingin membantu mereka sejauh mana yang boleh” ujarnya.

Maijol menekankan bahawa beliau akan membawa setiap permasalahan rakyat di kawasan tersebut ke pengetahuan YAB Ketua Menteri. Beliau yakin bahawa kerajaan akan terus memantau keperluan warga Bandau dan memastikan rakyat Bandau tidak terpinggir.

“Saya akan buat yang terbaik sebagai Ketua Bahagian Bandau”katanya.

Datuk Maijol juga turut menghulurkan sumbangan ikhlas kepada wakil penduduk Kampung Koromoko dan Marasinsim Darat untuk keperluan membaiki paip graviti mereka. Beliau mengharapkan sumbangan tersebut dapat membantu meningkatkan infrastruktur air bersih bagi penduduk kampung.

Penduduk kampung yang ditemui memuji usaha Datuk Maijol melawat dan membantu mereka, dan mereka mengharapkan akan ada kunjungan lagi pada masa akan datang.

— Gagasan Rakyat Bandau

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment