Home » Lawatan kerja ke Korea Selatan bincang, tarik syarikat pelaburan ke Sabah
Berita Tempatan Politik

Lawatan kerja ke Korea Selatan bincang, tarik syarikat pelaburan ke Sabah

Menurutnya Negara Republik Korea Selatan adalah antara rakan dagang Sabah yang mencatatkan peratus sumbangan sebanyak 7.1 peratus bagi nilai eksport dan 8.6 peratus bagi nilai import Sabah pada 2022.

KOTA KINABALU: Lawatan kerja Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe selama enam hari ke Negara Republik Korea Selatan bertujuan mengukuhkan aspek pelaburan luar ke Sabah.

Katanya lawatan keeja bermula 5 hingga 11 Julai itu turut dihadiri beberapa pegawai dari pelbagai agensi berkaitan.


“Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan lawatan ke kilang syarikat SK Nexilis iaitu pelabur besar di Sabah. 


“Sepanjang lawatan kerja diadakan, kita juga akan mengadakan perbincangan lanjut besama beberapa syarikat pelabur dari negara terbabit yang sebelum ini ber mminat untuk melabur di Sabah. 


“Pada masa yang sama, lawatan kerja ini juga akan menjadi platform untuk mengadakan promosi pelaburan kepada syarikat-syarikat pelabur lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Menurutnya Negara Republik Korea Selatan adalah antara rakan dagang Sabah yang mencatatkan peratus sumbangan sebanyak 7.1 peratus bagi nilai eksport dan 8.6 peratus bagi nilai import Sabah pada 2022.


“Kita juga akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Yi Jae Hong dan beberapa pegawai pengurusan tertinggi syarikat pelabur tersebut untuk menarik minat bagi mengembangkan lagi pelaburan dan perniagaan di Sabah. 


“Diharapkan lawatan kerja ini akan dapat menarik lebih ramai pelabur asing ke Sabah kerana mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini.


“Kita juga harapkan agar hubungan dan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua negara lyang sekian lama terjalin lebih kukuh seterusnya memberi manfaat kepada Sabah terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

— Vivi Olviana Najurus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment