Home » Hajiji temui Anwar bincang pembangunan Sabah
Berita Tempatan Politik

Hajiji temui Anwar bincang pembangunan Sabah

BINCANG: Hajiji (kanan) semasa mengadakan pertemuan dengan Anwar (kiri) bagi membincangkan hal berkaitan pembangunan Sabah.

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan pembangunan di Sabah.

Pertemuan selama sejam di Pejabat Perdana Menteri itu adalah sebahagian daripada program rasmi Ketua Menteri selama empat hari di ibu negara.

Hajiji juga akan mengetuai perwakilan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke Mesyuarat Majlis Perundingan Kepimpinan Kerajaan Perpaduan esok yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin selama dua hari sempena Persidangan Raja-Raja bermula Rabu di Istana Negara.

— TAMAT