Home » Hutang peneroka: Muhyiddin tak bohong, kenyataan Anwar mengelirukan
Berita Dalam Negara Politik

Hutang peneroka: Muhyiddin tak bohong, kenyataan Anwar mengelirukan

Tosrin menunjukkan penyata pinjaman peneroka miliknya yang menjadi bukti penghapusan hutang peneroka di Felda Taib Andak pada Selasa.

KULAI – Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda sebagai sesuatu yang mengelirukan.

Peneroka generasi pertama Felda Taib Andak, Tosrin Jarvanthi, 73, berkata, terdapat penyata pinjaman peneroka Felda yang menjadi bukti pelupusan sebahagian hutang peneroka dibuat pada 2021.

“Saya tampil sebagai peneroka Felda yang mahu membetulkan apa yang diperkatakan tentang hutang peneroka Felda ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Sejak saya menjadi peneroka pada tahun 1979, itulah kali pertama saya lalui detik bersejarah hutang peneroka Felda dihapuskan.

“Malah saya sendiri pergi ke pejabat pengurusan Felda Taib Andak untuk mengambil penyata pinjaman peneroka dan perkara itu terbukti benar,” katanya pada sidang akhbar, di sini pada Selasa.

Tosrin (kanan) dan Khairol Nizam melihat penyata pinjaman peneroka di Felda Taib Andak pada Selasa.

Tosrin (kanan) dan Khairol Nizam melihat penyata pinjaman peneroka di Felda Taib Andak pada Selasa.

Dalam pada itu, wakil generasi kedua, Khairol Nizam Kusnin, 38, berkata, dia juga sukar untuk percaya ketika pengumuman penghapusan hutang Felda dibuat Muhyiddin, dua tahun lalu.

Namun katanya, selepas penyata pinjaman peneroka dikeluarkan pejabat pengurusan Felda, ternyata sangkaannya meleset kerana sebahagian hutang peneroka telah dihapuskan ketika itu.

“Saya juga keliru dengan apa yang diperkatakanAnwar tentang penghapusan hutang Felda.

“Sebagai anak muda, saya harap kerajaan dan Felda dapat memberikan kenyataan yang jelas dengan bukti agar tidak mengelirukan golongan peneroka dan generasi kedua Felda di seluruh negara,” katanya.

Pada 7 Julai, sewaktu Hari Peneroka, Anwar mendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dan perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih kerajaan.

Sebelum itu pada 2021, Muhyiddin ketika itu sebagai Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula Felda.

—  NOR AZURA MD AMIN

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment