Home » India kenakan cukai ke atas permainan dalam talian
Berita Am Berita Luar Negara

India kenakan cukai ke atas permainan dalam talian

Nirmala Sitharaman, Menteri Kewangan India. – Gambar fail REUTERS

NEW DELHI: Kerajaan India pada Selasa memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak 28 peratus ke atas permainan dalam talian, lumba kuda dan kasino, umum Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

Sementara itu, Majlis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengecualikan cukai untuk ubat kanser dan perkhidmatan pelancaran satelit yang disediakan oleh organisasi swasta, kata menteri itu pada taklimat media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-50 Majlis GST, lapor Xinhua.

Beliau berkata ubat untuk penyakit yang jarang jumpa dan produk makanan bagi tujuan perubatan khas juga akan dikecualikan cukai.

Majlis GST ialah badan berperlembagaan yang bertanggungjawab membuat syor mengenai isu berkaitan pelaksanaan GST di negara itu.

— BERNAMA

AWANI