Home » Manfaat sepenuhnya media sosial supaya rakyat undi PN
Berita Dalam Negara Politik

Manfaat sepenuhnya media sosial supaya rakyat undi PN

“Kongsikan berita-berita mengenai PN dan juga petikan-petikan ucapan pemimpin PN melalui akaun media sosial masing-masing."-Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Semua ahli dan jentera BERSATU harus memainkan peranan masing-masing mengajak rakyat mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata peranan itu boleh diambil dengan memanfaatkan media sosial supaya parti itu dapat membentuk kerajaan yang bersih dan prihatin.

“Media sosial akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya. Akaun-akaun media sosial sebaiknya haruslah menggunakan dan mempromosikan identiti Perikatan Nasional. Tayangkan logo PN sejelas-jelasnya.

“Gunakan Whatsapp, Telegram, Facebook, TikTok, Instagram, Twitter dan lain-lain platform media sosial untuk menyebarkan maklumat mengenai Perikatan Nasional.

“Kongsikan berita-berita mengenai PN dan juga petikan-petikan ucapan pemimpin PN melalui akaun media sosial masing-masing.

“Saya seru semua ahli dan penyokong BERSATU agar gunakanlah semua kemudahan yang ada untuk membawa kemenangan kepada perjuangan kita,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Wan Saiful memaklumkan sumber berita rasmi BERSATU adalah melalui pautan di https://berita.bersatu.org/ manakala PAS juga mempunyai https://harakahdaily.net/.

“Sebarkan seluas-luasnya dan gunakan sepenuhnya sumber-sumber rasmi ini dalam gerak kerja kita.

“Hubungi saudara mara dan sahabat handai dan ajak mereka sokong PN,” katanya.

Berita Bersatu

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment