Home » Rakyat, Pemimpin Kuamut sokong Masiung menang PRN
Berita Tempatan Politik

Rakyat, Pemimpin Kuamut sokong Masiung menang PRN

Pada April baru-baru ini, Masiung dilantik sebagai Naib Presiden Gagasan Rakyat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selepas menjadi wakil rakyat bebas selama hampir tiga tahun.

KOTA KINABALU: Sokongan rakyat dan rakan pemimpin di Kuamut adalah nadi penting dalam kerjaya politik Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, tanpa sokongan rakyat dan rakan pemimpin sudah pasti dia tidak berada pada kedudukan sekarang.


Kataya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, tiada sebuah parti pun yang mahu mencalonkannya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut.


“Bagaimanapun, desakan rakan pemimpin di Kuamut yang mahukan saya menjadi calon pada PRN lalu menyebabkan saya bertanding sebagai calon bebas.


“Berkat sokongan rakyat dan pemimpin, saya telah menewaskan calon Barisan Nasional, UPKO, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Gagasan Rakyat dengan majoriti 978,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam majlis apresiasi penyampaian watikah perlantikan ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Beliawanis di sini, semalam.


Terdahulu, Masiung memulakan kerjaya politik sebagai ADUN Kuamut pada tahun 2008 menerusi UPKO dan keluar parti menyertai Parti Warisan Sabah sebelum bertanding sebagai calon bebas.


Pada April baru-baru ini, Masiung dilantik sebagai Naib Presiden Gagasan Rakyat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selepas menjadi wakil rakyat bebas selama hampir tiga tahun.

— Hamzah Sanudin