PAGOH – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa golongan muda mempunyai tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara.
Sehubungan itu beliau berharap golangan muda mengambil peluang menunaikan hak mereka untuk mengundi apabila tiba hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
“Yang penting kita ada hak mengundi. Boleh tak saya minta jaminan tuan tuan, bila sampai hari mengundi, tuan tuan akan mengundi,” kata berucap di hadapan ribuan anak muda yang menghadiri program Gegar Anak Johor di Kompleks Sukan Pagoh pada Sabtu.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr. Sahruddin Jamal.
Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara demokrasi semua rakyat mempunyai hak untuk mengundi termasuk golongan muda.
Katanya, sebagai golongan yang akan menjamin masa depan negara, anak-anak muda perlu menunaikan hak tersebut.
“Sebab itu kita nak tentukan kita bentuk sebuah kerajaan yang boleh jaga kebajikan anak muda, cucu cicit kita yang akan datang,” katanya.
Beliau yang mesra dipanggil Abah turut mengingatkan golongan muda supaya sentiasa menguatkan semangat untui berjuang supaya negara menjadi sebuah negara cemerlang.
Terdahulu Muhyiddin yang dalam lawatan kerja ke Pagoh menghadiri Majlis Sembang Santai Bersama Masyarakat Gersik dan Jualan Prihatin Rakyat PN di Kundang dekat Pagoh.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut singgah menyaksikan Pertandingan Futsal di Kompleks Sukan Komuniti Kundang.
Add Comment