Home » Hampir 7000 ekar tanah NT diberikan di seluruh Sabah setakat ini
Berita Tempatan

Hampir 7000 ekar tanah NT diberikan di seluruh Sabah setakat ini

Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis di Dewan Terbuka Matunggong.Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Wahab Kanak.

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 1,330 geran Hakmilik Anak Negeri (NT) melibatkan hampir 7,000 ekar tanah di seluruh Sabah sejak 12 Mei tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata hakmilik tanah itu diberikan kepada pemohon di Pitas (206), Telupid (181), Tongod (611), Bandau (51) dan 281 di sini hari ini.

Ketua Menteri menyampaikan hakmilik tanah seluas 1,546.68 ekar dalam satu majlis di Dewan Terbuka Matunggong.

“Lebih banyak permohonan akan diluluskan apabila pemprosesan selesai,” katanya.

Hajiji turut memberi jaminan bahawa permohonan oleh Adun Matunggong Datuk Julita Majungki antaranya untuk memartabatkan Matunggong menjadi daerah penuh, pembaikan jalan dan sebuah Dewan Masyarakat baharu sedang dipertimbangkan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah dan Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Wahab Kanak.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment