Home » Masiung Kekal Bersama GRS
Berita Tempatan Politik

Masiung Kekal Bersama GRS

Menurut Datuk Masiung Banah yang juga Pengerusi Lambaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu, isu keluar GRS mungkin sengaja diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihanraya Umum dengan tujuan jahat.

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut (ADUN), Datuk Masiung Banah hari ini menafikan dakwaan bahwa dirinya akan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

” Saya tetap berpendirian teguh dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS.

” Secara logiknya, macam mana saya keluar GRS sedangkan masih ADUN Bebas, tidak menyertai mana-mana parti dalam GRS. Saya cuma anggota mesra GRS, ” ujarnya dalam kenyataan petang tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular di media sosial sejak kelmarin, yang mengaitkan Masiung bersama tiga ADUN lain iaitu, Datuk Robin Balang (Kemabong), Datuk Rudy Awah (Pitas) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan) akan keluar meninggalkan GRS.

Menurut Masiung, petang kelmarin beliau berada di kawasan mengunjungi penduduk kampung meninggal dunia. Mungkin ramai gagal menghubungi beliau kerana tidak semua kawasan di Tongod mempunyai capaian internet.

Menurut Pengerusi Lambaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu, isu tersebut mungkin sengaja diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihanraya Umum dengan tujuan jahat.

” Saya hanya mengetahui perkata itu, apabila Pegawai Komunikasi dan Media saya, Yussof Imbang menghubungi saya lewat tengah malam semalam, ” jelasnya.

Yussof yang sedang bercuti di Kuala Penyu sejak kelmarin dihujani panggilan telefon dan aplakasi whatsapp yang bertanyakan perkata tersebut, namun tidak dapat mengesahkan kerana Masiung yang baharu dilantik sebagai Pengerusi GRS Kinabatangan itu gagal dihubungi.

Apapun kata Masiung, sebagai ADUN mesra GRS beliau akan tetap akan memberi sokongan padu kepimpinan Haiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS.

— EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment