Home » Pemimpin Warisan perlu terima hakikat setiap negeri mempunyai strategi dan keutamaan mengurus ekonomi – Nizam
Berita Tempatan Politik Sudut Pandangan

Pemimpin Warisan perlu terima hakikat setiap negeri mempunyai strategi dan keutamaan mengurus ekonomi – Nizam

Ketua Penerangan PGRS berkata ,kerajaan parti Warisan selama 27 bulan (lebih 2 tahun) yang lalu, telah gagal mentransformasikan ekonomi negeri Sabah berbanding dengan Kerajaan negeri yang ditadbir oleh GRS.

Pemimpin Parti Warisan telah mempertikai nilai eksport Sabah tahun 2022  kerana 73.4 peratus jumlah nilai itu adalah daripada minyak mentah, minyak kelapa sawit dan gas LNG dan tidak seperti nilai eksport Negeri Sarawak yang mencatatkan dagangan keluaran industri pembuatan bernilai lebih separuh dari jumlah nilai eksport sabah.

Pada hakikatnya, pemimpin parti Warisan cuba mengelirukan rakyat Sabah dengan menyembunyikan hasil industri pembuatan negeri Sarawak sebenarnya adalah daripada kilang-kilang pembuatan di negeri itu yang telah wujud berdekad lamanya.

Pemimpin warisan sengaja membutakan mata mereka dengan menafikan kejayaan pencapaian kerajaan GRS dalam meningkatkan ekonomi negeri Sabah walaupun baru mentadbir kerajaan sabah selama 2 tahun setengah. Kejayaan kerajaan GRS mengadakan industri pembuatan seperti kilang pembuatan kerajang tembaga (industri hiliran oleh  SK Nexilis – kerjasama Kerajaan Negeri dan Korea Selatan) dan dijangka akan mula mengeluarkan keluaran tahun hadapan adalah merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan industri hiliran yang mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak/rakyat Sabah.

Selain itu, kilang pemprosesan pasir silika syarikat Kumpulan Kibing di Sikuati Kudat telah mencipta peluang pekerjaan ribuan pada rakyat Sabah disamping limpahan aktiviti ekonomi menerusi pengwujudan vendor-vendor perniagaan.

Apabila keluaran hiliran ini beroperasi sepenuhnya, maka barangan akan dieksport, dan nilainya akan tercatat pada nilai dagangan negeri pada masa akan datang.

Berbanding kerajaan parti Warisan selama 27 bulan (lebih 2 tahun) yang lalu, mereka telah gagal mentransformasikan ekonomi negeri Sabah.

Tidak ingatkah pemimpin parti Warisan bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah menguncup pada negatif(_) 9.5% pada tahun 2020 dan diwariskan pada kerajaan GRS, sedangkan semasa Warisan mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2018, mewarisi pertumbuhan ekonomi di atas 8%.

Memang nilai eksport negeri Sabah pada Tahun 2022 yang berjumlah RM77.2 bilion lebih 70 peratus daripada minyak mentah,minyak kelapa sawit dan Gas LNG, akan tetapi di masa akan datang, nisbah itu akan berubah, apabila nilai eksport daripada industri pembuatan yang menuju penyiapan dan mula mengeluarkan keluaran, dan pada gilirannya nilai dagangan Sabah bukan lagi RM118.1 bilion akan tetapi berkali ganda.

Pewujudan kilang berasaskan pembuatan tidak sama seperti menanam jagung, tiga bulan boleh dituai hasil. Kilang industri memerlukan masa.

Sabah dalam mewujudkan kilang-kilang pembuatan mempunyai keutamaan sendiri, iaitu keutamaan daripada segi kelebihan komperatif. Atas sebab itu, sejak kerajaan GRS mengambil alih kerajaan negeri pada bulan September 2020, memilih industri yang mempunyai kelebihan komperatif, kerana dengan pendekatan sedemikian selain tidak perlu bersaing dengan pengeluar yang sama, juga boleh mewujudkan kos efektif.

Pemimpin Warisan kena menerima hakikat, setiap negeri mempunyai strategi dan keutamaan mengurus perekonomiannya. Sabah menjadikan industri pelancongan, pertanian dan perladangan sebagai ‘the sun rise industry’ atau industri masa hadapan. Memang jika dilihat daripada nilai eksport, sektor pelancongan tidak dicatat sebagai nilai eksport, akan tetapi pada hasil kutipan pendapatan negeri.

Sabah dalam mempelbagai aktiviti ekonomi termasuk penyediaan lapangan pekerjaan selain melibatkan sebanyak  mungkin rakyat, maka kerajaan Sabah mengadakan perjanjian kerjasama dengan PETRONAS berkaitan industri hiliran, selain kerjasama dengan syarikat-syarikat luar atau pelabur luar negara berkaitan tenaga boleh ganti atau tenaga hijau.

Penglibatan Sabah dalam pewujudan industri hiliran berkaitan minyak dan gas di tapak SOGT Sipitang, selain industri berkaitan minyak kelapa sawit di POIC Lahad Datu, adalah sebahagian strategi Sabah Maju Jaya untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang-peluang pekerjaan selain penglibatan ramai rakyat dalam sektor sedemikian.

Kerajaan Sabah menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berada di landasan betul, bukan sahaja menjawab kebimbangan pemimpin parti Warisan berkaitan peluang-peluang pekerjaan, penglibatan rakyat, dan juga sumbangan pada nilai eksport, akan tetapi kerajaan Sabah Maju Jaya mempunyai matlamat jelas untuk mewujudkan rakyat yang sejahtera dan negeri yang maju.

*Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan merupakan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (PGRS). Beliau juga merupakan ADUN Apas dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment